Wednesday 8 February 2012

Syeikh Daud bin Abdullah (1769 - 1847) ialah seorang tokoh ulamak Melayu yang mengembangkan syiar Islam di Nusantara . Kedudukan Nusantara di antara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan wilayah ini menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana, mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom, dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera himpunan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah. Pengetahuan agama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke Nusantara ketika itu.

No comments:

Post a Comment