Wednesday 8 February 2012

TUAN GURU DATO’ HAJI TAJUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN

Pengerusi JKF Ke-3 (1994 hingga 1999)
Latarbelakang Diri Dan Pendidikan
 
Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H bersamaan 18 Septe 1924M). Nama penuh  beliau ialah Haji Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat dan kebolehan serta pribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah dan Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.
 
Beliau adalah anak Sheikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran Al Jarumi adalah disabitkan dari gelaran neneknya Tok Sheikh Jarum (1849 -1911) iaitu salah seorang ulamak yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad yang ke 19juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  Nama sebenar Tok Sheikh Jarum ialah Sheikh Wan Idris bin Wan Jamaluddin bin Sheikh Wan Abdul Latif bin Sheikh Wan Shamsuddin bin Sheikh Wan Muhammad Faqih bin Sheikh Wan Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al Hadrami al Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Sheikh Jamaluddin al Kubro.
Manakala bapa beliau juga adalah seorang ulamak yang terkenal di Alor Setar iaitu Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi yang telah membuka pondok di Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Beliau juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishahserta kerabat-kerabat. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manafadalah seorang guru Al Qurandan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani.
 
Semasa zaman kanak-kanak beliau memperolehi pendidikan rendah dipondok ayahnya sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping belajar menulis dan membaca beliau juga diajar menghafaz matan dan fardhu ‘ain.Manakala pelajaran Al Quran adalah diperolehi dari ibunya sendiri iaitu Nik Doh iaitu seorang guru Al Quran yang masyhur. Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di Mekah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum selama 3 tahun (1933-1935) peringkat menengah rendah dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Beliau menyambung pelajaran peringkat tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah.  Beliau juga mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Mekah selama 3 tahun iatu (1943-1945).
 
Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab,  dan pelajaran lain seperti Mantik, Matetamatik dan Sains. Di antara pelajaran-pelajaran agama yang beliau pelajari di sini  termasuklah Feqah, Faraid, Usul Feqah, Qawaid Feqah, Tafsir, Ulum Quran, Hadis, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam. Manakala pelajaran-pelajaran Bahasa Arab pula ialah Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan Balaghah. Ketika di masjid Al Haram pula beliau mendalami ilmu Feqah, Usul Feqah, Tauhid, Tafsir, Hadis dan Tasawuf.
 
Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana semasa pengajian di peringkat menengah beliau sudah mampu merujuk kitab-kitab Arab mu’tabar. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin Al Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as Sabki  kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca dan memahami dengan baik dalam pelajaran Usul Fiqhketika mempelajari dan mengkaji kitab usul Fiqh yang mashur iaitu Jam’u  al Jawami’ karya ImamTajuddin AsSabki ialah ulama’ besar dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tinggi hingga sekarang.
 
Semasa di Mekah beliau sempat berguru dengan Syeikh Hasan Al Masyalt, Sheikh Ali Al Maliki, Sheikh Husain Al Maliki, Muhaddis Hijaz Al Hafiz Syeikh Omar Hamdan Al Mahrisi, Sheikh Shafie Kedah, Sheikh Ismail Abdul Qadir Al Fatoni, Sayyid Muhammad Amin Al Qurtubi, Sheikh Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas Al Hasani, Sheikh Zain Al Boyani, Sheikh Yaakub bin Abdul Qadir Al Mandili dan Sheikh Husain Abdul Ghani Al Falimbani.
 
Beliau sempat bermulazzamah dengan gurunya yang terkenal iaitu al ‘Allamah Sheikh as Sanad Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki iaitu ‘ulamak Hadis dan Sanad yang masyhurdi Makkah al Mukarromah. Dengan beliaulah Dato’ Haji Tajuddin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam. Walaupun selepas menghabiskan pengajian di Mekah dan pulang ke tanah air, namun beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu.
 
Dari sudut peribadi Dato’ Haji Tajudin adalah seorang yang lemah lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menziarahinya. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya dengan mengajar dan merujuk kitab-kitab. Di samping itu beliau sentiasa meluangkan masanya mendidik dan menasihati anak-anaknya.
 
Apabila kita memperkatakan mengenai peribadi Dato’ Haji Tajuddin, adalah tidak sah jika tidak menyebut Madrasah Nahdhah Hasanah Melele kerana beliaulah orangnya yang bertanggung jawab mendirikan sebuah madrasah atau sekolah agama yang terkenal sekarang.  Setelah pulang dari Mekah pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18 tahun.
Perkahwinan ini menghasilkan 9 orang cahaya mata.
 
Sesungguhnya ketentuan hidup dan mati itu di tangan Allah. Anak ketiga beliau Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan rumahnya. Ini merupakan cabaran yang paling perit beliau, ketika baru membuka pondok di Melele. Anak beliau yang masih ada ialahlapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknyatelah mencecahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Daripada itu tiga daripadanya telah berjaya mencapai ke peringkat ijazah Sarjana atau Master.
 
Kerjaya Dan Sumbangan Kepada Masyarakat
 
Pada Tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah.Melele. Beliau dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama. Pendorong utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Sheikh Abdul Rahman dan isterinya Siti Zubaidah.
 
Keadaan di Melele pada masa itu sangat mencabar di mana ia dipenuhi dengan hutan belentara, sunyi pada waktu malam hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang buas serta tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Rumah yang mula-mula di duduki adalah pondok kecil hanyalah bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepah dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tahyul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi laga ayam dan kerbau adalah amalan kebiasaan penduduk pada masa itu malah mempunyai gelanggang sendiri.
 
Bermula dari cabaran inilah beliau mengatur strategi untuk mengubah keadaan fizikal kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam  masyarakat. Walaupun keadaan yang sukar dan amat berlainan pula dengan apa yang dialaminya dengan kesedapan hidup di bandar Alor Setar dan di Mekah beliau tetap bersabar. Berkat kesabaran dan kesungguhan, Madrasah Nahdhah Hasanah telah berjaya berdiri megah dan mempunyai lebih 1,000 orang penuntut. Ramai daripada pelajar-pelajar madrasah ini telah menjawat pelbagai jawatan penting di dalam masyarakatdan kerajaan.
 
Selain daripada menumpukan pengajaran di sekolah atau pondoknya, beliau juga mengajar di beberapa tempat. Selain daripada itu, kelas umumi dan tafaqquh yang masih berjalan ialah di surau Madrasah Nahdhah Hasanah. Di antara kitab yang beliau guna di dalam pengajaran beliau ialah kitab Syarah Al Hikam Ibnu ’Atoillah karangan Tokku Pulau Manis, Minhaj Al ‘Abidin karangan Imam Al Ghazali, Bughuyah At Tullab karangan Sheikh Daud Al Fatoni, Kasyhful Al Litham karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Siarus As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Aqidah An Najin karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Hidayah As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Sabilul Al Muhtadin karangan Sheikh Muhammad Irshad Al Banjari dan Bakurah Al Amani Sheikh Ismail Abdul Kader Al Fatoni yang merupakan kitab-kitab Jawi.
 
 Manakala kitab berbahasa Arab pula ialah Majmu’ An Nawawi Syarah Al Muhazzab karangan Iman Nawawi, Jam’u al Jawami’ karangan Imam Tajuddin as Sabki, Al Hikam Ibnu Atoillah Syarah Ibnu ‘Ibbad, Ihya Ulum ud Din karangan Imam Al Ghazali, Tafsir Ibnu Kathir dan Riadus As Solihin karangan Imam Nawawi.
 
Setelah berdakwah secara lisan serta menglibatkan diri dalam dakwah dan keagamaan sama ada peringkat negeri atau kebangsaan, beliau juga terlibat dalam penghasilan karya-karya penulisan. Antara karya-karya beliau berbentuk penulisan ialah;
 
a-       Rahsia Sembahyang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
b-       Doa’ Pagi Dan Petang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
c-        Perhimpunan Ibadat Qiyamullail – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
d-       Rahsia Haji – diterbitkan sendiri untuk kuliah ibadat haji beliau. Dan beberapa risalah lain.
 
Selain daripada menumpukan pengajaran di Madrasah secara formal dan umumi beliau juga melibatkan diri di dalam kegiatan-kegiatan lain iaitu:-
 
a-        Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah – semenjak 1960an
b-         Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah – semenjak 1970an
c-         Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah – semenjak 1980an
d-        Ahli Jawatankuasa Ibadat Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji  - 1994 hingga  sekarang
e-        Pakar Rujuk Ibadah Haji di Mekah – 1995,1996
f-         Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan – 1995 hingga 1999
g-        Ahli Majlis Agama Kebangsaan – 1995 hingga 1999
 
            Di atas jasa bakti yang beliau curahkan beliau dianugerahkan dengan berbagai-bagai gelaran dan pingat iaitu :
a-        Pingat Jasa Kebaktian PJK, oleh DYMM Sultan Kedah – tahun 1969
b-        Ahli Mahkota Kedah AMK, oleh  DYMM Sultan Kedah pada 10-1-1980
c-     Ahli Mangku Negara AMN oleh Yang Dipertuan Agung pada 4-6-1980
d-     Dato’ bergelar Dato’ Mursyid Diraja oleh DYMM Sultan Kedah – pada 17-1-1988
e-     Anugerah Pendidik Jaya Negeri Kedah – pada Hari Guru 1991
f-      Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah – 1993
g-     Darjah Kebesaran Negeri Kedah iaitu DSDK (Dato’ Setia Diraja Kedah) oleh DYMM Sultan Kedah pada 23-1-1994.
h-     Anugerah Tokoh Guru Kubang Pasu, pada 23 Mei 1998 dan
i-      Bintang Kebesaran Orang Besar Enam Belas – Hari Keputraan DYMM Sultan  Kedah tahun 2000.
j-      Tokoh Maal Hijrah 1421H/ 2000M peringkat negeri Kedah.
 
Satu keistemewaan yang terdapat pada beliau ialah kebolehan dalam mengaplikasi komputer. Sejak hujung tahun 1980an beliau sudah menggunakan set komputer pribadi sendiri. Beliau adalah seorang yang mahir dalam menggunakan beberapa perisian komputer di antaranya ialah perisian Macintosh Mac Draw. Tauladan yang ditunjukkan kepada kita bermakna usia yang tua bukan menjadi penghalang untuk seseorang untuk menguasai bidang teknologi terutamanya teknologi maklumat atau komputer asalkan diri dipupuk dan melaksanakan usaha tanpa putus asa.
 
  Dato' Hj. Tajuddin B. Hj. Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Mei 2000 bersamaan 7 Safar 1421 hari Khamis 8.00 malam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
 

Allahyarham Haji Sabran bin Haji Asmawi
Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi
JawatanMantan
Lambang Perak
ADUN N9-Gunung Semanggol, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Tempoh perkhidmatan1999-2004 ADUN 1998-2002 Pesuruhjaya PAS
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Tarikh lahir1 April 1938
Tempat lahirBagan Serai
Tarikh kematian2 Januari 2007 (umur 68)
Tempat kematianMakkah (مكة المكرمة)
AgamaIslam


Tokoh Ulama' Nusantara Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Rahimahul-Allah Ta'ala
Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab:ﺣﺎج ﺻﺒﺮﺍن ﺑﻦ ﺣﺎج ﺍﺳﻣﺎﻮي اﺳﻤﺎﻋﻳﻟﻲﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ; singkatan Allahyarham TG) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (April 1, 1938Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam.
Allahyarham sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar Ulama Banjar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (MAA)[1] (اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ أرﺸﺪ ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻠﻪ ﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞ اﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦ ﻟﻠﺘﻔﻘﻪ ﻓﻲ اﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ). Nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran.
Mungkin oleh sebab secara kebetulan dan ditakdirkan Allah Ta'ala pula, Allahyarham TG mempunyai salasilah keturunan serumpun dengan Syeikh besar Tokoh Ulamak Nusantara ini iaitu tempat asal usul keluarga dari daerah Sapat, Inderagiri, Sumatera Indonesia. Oleh sebab itu Allahyarham TG sangat mengagumi Syeikh MAA al-Banjari yang menjadi idola sejak di usia muda lagi, serta bercita-cita besar untuk menuruti jejak langkahnya dalam bidang keilmuan Islam.

 

 Perwatakan dan kegemarannya

Seorang yang berperwatakkan sederhana dan lemah lembut dengan semua orang. Akhlak Rasullullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan, zuhud, gemar berdandan dan kemas dalam berpakaian selayaknya bagi seorang ilmuan Islam. Warna kegemaran Rasulullah s.a.w putih, hijau, serta merah telah juga menjadi pilihan. Sehinggalah ke umur baginda Rasullullah s.a.w yang wafat pada 63 tahun telah menjadi benchmark Allahyarham TG ;
"..Jika kita ditakdirkan mati kelak, biarlah sama umur dengan baginda Rasululllah s.a.w kerana sekurang-kurang umur juga mengikut nabi.."
Salasilah Keluarga
Kenangan di Aidilfitri 2000M/1420H Keluarga besar keturunan Haji Asmawi bin Haji Ismail. Di tengah-tengah berbaju serba hitam Allahyarham TG bersama isteri pertama Hjh. Asma'a Hj Saad

 Salasilah keturunan dan keluarga

Allahyarham TG merupakan seorang yang berketurunan Banjar dari sebelah ibu Hajjah Jaharah binti Haji Taib (meninggal dunia pada 08.03.1967M, jam 7.45 pagi pada usia 59 tahun) dan bapa Haji Hasamawi@Asmawi bin Haji Ismail (meninggal dunia pada 20.07.1979M, jam 7.15 malam pada usia 89 tahun) mempunyai salasilah yang panjang berasal dari daerah Sapat, dalam negeri Inderagiri, di pulau Sumatera dalam negera Indonesia. Adat orang yang merantau, ayahanda Allahyarham TG telah berusaha gigih untuk membuka tanah-tanah baru di sekitar daerah Larut, Matang dan Selama, Sungai Malau, Masjid Tinggi dan Alor Pongsu, Bagan Serai Negeri Perak di awal tahun 1920an Masehi.
Anak yang ke-7 dari 8 orang adik beradik berkahwin dengan Hajjah Asma’a binti Haji Sa’ad (1955M~2002M) iaitu anak kepada Allayarham Tuan Guru Haji Sa’ad bin Abdul Kadir dan isteri Allahyarham Hajjah Aisyah binti Mohammad yang juga merupakan salah seorang Tuan Guru di Madrasah Ahmadiah al-Ijtima’iah (اﺣﻤﺪﻳﻪ الاﺟﺘﻤﺎﻋﻴﻪ) Padang Lalang, Pulau Pinang tempat di mana Allahyarham TG mula-mula mendalami ilmu agama selama lebih 10 tahun. Hasil dari perkahwinan kali pertama dengan Allahyarhamah Hajjah Asma’a binti Haji Saad, telah di kurniakan Allah Ta'ala seramai 15 orang anak.
Isteri pertama Allahyarham TG telah kembali ke-Rahmatullah secara tepatnya pada 31hb Mac 2002M akibat sengsara dari penyakit Pulmonary Embolisme[2] atau kegagalan jantung untuk berfungsi dan masalah paru-paru berair. Menghembuskan nafas terkahir di Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai Pulau Pinang setelah mengalami koma lebih kurang seminggu. Di sepanjang seminggu koma di hospital tersebut, Allahyarham TG hampir setiap hari dan lebih dari 12jam sentiasa mendampingi dan menemani isterinya untuk merawat, menjaga dengan penuh rasa kesihan belas. Ini dapat di lihat dari perlakuan membersihkan badan, malah di saat-saat menghembuskan nafas terakhir; Allahyarham TG dengan penuh rasa kasih sayang dan simpati menyapu darah yang keluar dari mulut serta hidung isterinya.
Keadaan begitu sedih, hiba dan pilu pada ketika itu di kelilingi sebahagian dari anak-anak. Menurut kata Allahyarham TG; darah itu adalah darah orang lain yang didermakan kepada isterinya. Ia pada ketika mana saat melahirkan anak ke-15 beberapa tahun sebelumnya, yang pada ketika itu mengalami masalah “tumpah darah”. Isteri Allahyarham TG akhirnya menghembuskan nafas terkahir pada dini hari sekitar jam 3:00 pagi.
Selamat dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan sekitar jam 4 petang hari yang sama. Kedudukan kubur bersebelahan dengan ayahanda Allahyarham TG di Masjid Sungai Semambu, Bagan Serai Perak. Satu perkara yang menjadi perhatian ramai orang yang mengiring jenazah adalah apabila kubur yang biasanya digenangi air (maklum bagi kawasan tanah sawah padi) setiap kali ada orang dikebumikan, namun dengan kehendak Allah Ta'ala, tidak pula bagi isteri Allahyarham TG, ia ternyata kering dan hampir tiada air. Kata Allahyarham TG kepada anak-anak; “Itulah habuan emak kamu” ringkas.
Memandangkan serta memikirkan masih ramai lagi dari kalangan anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu, Allahyarham TG telah membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua dengan Hajjah Noraini binti Hussain pada Julai tahun yang sama. Namun perkahwinan kali kedua ini tidak mempunyai rezeki untuk menambah zuriat keturunan.

 Latar belakang pendidikan

Allahyarham TG mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu (sekarang Sekolah Kebangsaan) Tebing Tinggi, Jalan Selama Perak sehingga darjah enam (6) sebelum melanjutkan pelajaran ke darjah tujuh (7) di Parit Buntar. Tidak lama kemudian Allahyarham TG telah menamatkan pengajian aliran Melayu untuk bertukar ke aliran pegajian agama di Madrasah (Arab: مدرسة) Ahmadiah al-Ijtima'ih (اﺣﻤﺪﻳﻪ اﻟإﺟﺘﻤﺎﻋﻴﻪ), Padang Lalang atau lebih dikenali dengan Sekolah pondok Padang Lalang Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah terlibat di dalam kemalangan di sekolah sehingga menyebabkan patah kaki. Keputusan untuk mengubah ke aliran agama dilakukan oleh ayahanda Haji Asmawi bin Haji Ismail kerana memikirkan masa depan Allahyarham TG yang lebih sempurna jika diberi pengetahuan di dalam bidang agama.
Selama lebih 10 tahun menimba pelbagai ilmu agama dalam dari ilmu-ilmu asas Tauhid (Arab: توحيد), Fiqah (Arab: ﻓﻘﻪ), Tasawuf (Arab: ﺗﺼﻮف), Hadis (Arab: الحديث hadīth mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); , Tafsir, Tajwid (Arab: تجويد) dan Sejarah juga berkemahiran tinggi dalam Bahasa Arab nahu (ﻧﺤﻮ) dan saraf (ﺻﺮف) dan beberapa ilmu alat yang lain. Semasa pengajian di Madrasah Padang Lalang, Allahyarham TG amat di hormati dalam kalangan para pelajar diatas kelebihan dan kebolehannya sehingga dilantik menjadi “kepala matala’ah” yang merupakan jawatan yang bukan mudah untuk diperolehi dalam sistem pengajian pondok pada ketika itu.

Pendidikan di Mekah

Sekitar tahun 1960M Allahyarham TG berpeluang menyambung pengajian di Mekah (Arab: مكة المكرمة) yang telah menjadi cita-cita setiap pelajar agama khususnya sistem pondok pada ketika itu. Pengajian di Mekah tidak lama, cuma 3 tahun sahaja namun sudah cukup bagi mempertajamkan lagi ilmu pengetahuan yang telah di pelajari sebelum itu. Diantara gurunya yang berasal dari tanah jawi adalah Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani dari Padang, Indonesia (Arab: اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ ﻳﺴﻴﻦ ﻣﺤﻤﺪعيسى اﻟﻔﺪاﻧﻲ). Sheikh Muhammad Yasin pernah berkunjung ke Sekolah pondok Ahmadiah al-Ijtima’iah Padang Lalang, Bukit Mertajam pada awal tahun 1980an atas jemputan pihak pengurusan madrasah. Di ketika inilah Allahyarham TG berpeluang bertemu semula dengan gurunya setelah 20 tahun kembali ke tanah air.
Seorang lagi adalah Allahyarham Syeikh Abdul Qadir bin Abdul al-Mutallib [3] al-Indonesi al-Maindili (Arab: اﻟﺸﻴﺦ ﻋﺒﺪاﻟﻘﺎدر ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻣﻄﻠﺐ الاﻧﺪوﻧﺴﻲ اﻟﻤﻨﺪﻳﻟﻲ رﺣﻤﻪاﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) Mandailing juga dari Indonesia (Pengarang kitab Penawar Bagi Hati), tetapi pernah berguru dengan Syeikh Haji Wan Ibrahim (اﻟﺸﻴﺦ ﺣﺎج وان إﺑﺮاﻫﻳﻢ) (PakCu Him) bin Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya-II) iaitu adik kepada Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal Abdidin atau singkatanya Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ زﻳﻦ اﻟﻔﻄﻨﻲ); Penyusun kitab Akidatun-Najin (ﻋﻔﻴﺪه اﻟﻧﺎﺟﻴﻦ), di Sekolah pondok Gajah Mati, Kedah.
Pak Cu Him Gajah Mati, mengirimkan Syeikh AQAM al-Mandaili untuk memperdalamkan ilmu kepada Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani atau Tok Cik Wan Daud (bapa saudara kepada Pak Cu Him) dan Syeikh Wan Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De 'El (abang Pak Cu Him). Syeikh AQAM adalah sezaman dan juga guru kepada Allahyarham Syeikh Juned Tola serta sahabat kepada Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi (اﻟﺸﻴﺦ إدرﻳﺲ اﻟﻣﺮﺑﺎوي رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ); Pengarang Kamus Idris Marbawi.
Sekembalinya Allahyarham TG ke tanah air, mula beliau menabur bakti di bumi bertuah kampong tanah kelahiran dan menetap serta berpusat di Surau al-Ansar, Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Dengan harapan begitu tinggi untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu agama yang telah diperolehi. Demi untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala dan berkongsi dengan semua ahli keluarga dan membantu agama Allah Ta'ala dengan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat di sekitar kampong. Hampir keseluruhan pelusok kampong di dalam daerah Kerian yang tidak dikunjungi oleh Allahyarham TG atas jemputan masyarakat sekitar yang mendambakan ilmu pengetahuan agama.
Kenangan bersama ahli Tareqat pimpinan Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Kati (duduk tengah berbaju hitam). Allahyarham TG duduk 3 dari kanan. Tarikh:24 April 1981M, Kamunting, Taiping, Perak

 Istiqamah dalam menuntut dan mengajar ilmu

Sejarah pengajian ilmu agama Allahyarham TG tidak terus berhenti di situ sahaja. Disamping mengajar di kampong halaman tempat kelahiran, Allahyarham TG masih istiqamah kerana rasa cinta dan sentiasa berminat untuk menambah dan meningkatkan pengetahuan ilmu agama, Allahyarham TG menuntut serta berguru pula dengan Allahyarham Tuan Guru Muhammad Saman Bin Muhammad seorang guru yang mursyid berpusat di Madrasah Islahiah as-Sammaniyah (اﻟﻤﺪرﺳﻪ إﺻﻟﺎﺣﻴﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻴﻪ) Batu 4½ Kampong Pasir, Taiping Negeri Perak iaitu tempat kediaman tetap gurunya itu sejak dari tahun 1975M.
Allahyarham TG menjadi anak murid yang sangat setia mengikuti pengajian dan kuliah mingguan yang diadakan pada setiap pagi hari minggu (Ahad). Manakala hampir setiap bulan pada malam Jumaat pula mengikuti pengajian amali yang dikenali dengan "Tawajjoh" (Arab:ﺗﻭﺟﻪ) serta "Suluk" terutamanya dalam bidang ilmu tasawuf dan perjalanan ahli sufi Sufisme Tareqat (Arab:ﻃﺮﻗﻪ) sehinggalah ke akhir hayat gurunya itu pada tahun 1995M. Terdapat dua tempat yang menjadi pusat latihan kerohanian ini iaitu di Madarasah gurunya dan sesekali akan ke Sekolah pondok YBhg. Dato' Tuan Guru Haji Abdul Latif Abdul Rahman atau "Pak Teh Kroh" di Keroh, Grik, Perak.
Setelah gurunya meninggal dunia, Allahyarham TG secara adat dan lazimnya, telah dipilih untuk mengambil alih tempat gurunya. Ini berdasarkan taraf kekananan Allahyarham TG, lokasi rumah kediaman yang berdekatan, juga pengalaman yang begitu luas dalam uslub dakwah serta amalan tareqat bagi menyambung tugas-tugas belum selesai yang telah ditinggalkan oleh gurunya. Kesinambungan bermula dengan menyampaikan kuliah pengajian malam Jumaat dan pengajaran khususnya ilmu tasawuf berdasarkan kitab-kitab seperti Hikam (ﺣﻛم اﺑﻦﻋﻄإﻟﻠﻪ) dan lain-lain di Madrasah gurunya itu.
Sebagaimana istiqamahnya dalam menuntut ilmu, begitu jugalah dalam pengajaran ilmu tersebut kepada ahli keluarga dan masyarakat Islam. Jadual mengajar bermula pada setiap pagi sesudah solat Subuh di Surau di Surau al-Ansar kecuali hari Jumaat kerana kuliah mingguan hari Jumaat akan mengambil tempat pada pukul 9:00 pagi. Sebelah petang dan malam juga mempunyai Jadual yang penuh kecuali malam Jumaat yang dikhususkan untuk majlis bacaan surah Yassin dan tahlil.
Jadual Pengajian tulisan tangan Allahyarham TG pada tahun 1984M
Di kala usia Allahyarham TG masih muda, rutin harian lebih banyak keluar mengajar ke kampong, pendalaman-pendalaman yang mana nama-nama tempat ini biasanya dipangkalnya diletakkan dengan nama “Tebuk” atau “Parit” dan “Sungai” seperti “Tebuk” Haji Ali atau “Parit” Haji Ismail dan “Sungai” Bogak. Tidak ketinggalan juga ke kawasan pekan dan kadang-kadang keluar daerah. Di pertengahan tahun 1970an, apabila tiba waktu untuk mengajar di kawasan-kawasan pendalaman ini; pada waktu itu, keadaan infrastruktur masih mundur, tiada jalanraya berturap seperti sekarang ini, kebiasaanya Allahyarham TG akan di jemput di rumah dengan motosikal kerana kenderaan lain tidak boleh sampai kerana terlalu jauh ke pendalaman. Tiada pilihan lain yang lebih selesa selain dari motosikal. Jika tempat yang boleh sampai dengan berkereta, Allahyarham TG akan memandu sendiri dengan ditemani oleh sahabat-sahabat karib atau anak-anak.
Di waktu siang hari, banyak masa ditumpukan di pejabat sekolah semasa menjadi Mudir SAR ar-Ridwaniah dan juga urusan-urusan lain. Keadaan bertambah-tambah sibuk apabila terpilih menjadi wakil rakyat di antara tahun 1999 hingga 2004.
Tetapi setelah usia menjangkau 60an aktiviti mengajar lebih tertumpu di Surau al-Ansar, Alor Pongsu sahaja. Kecuali memenuhi jemputan-jemputan khusus seperti majlis Ijtima’ Ilmu [4] di Madrasah Padang Lalang, Bukit Mertajam yang diadakan secara berkala quaterly atau pun mengadakan Kuliah bulanan dalam majlis tawajjoh di Madrasah gurunya di Kamunting, Taiping.
Itu adalah rutin harian Allahyarham TG sejak dari usia muda 30an. Hatta sehinggalah ke saat untuk pergi menunaikan fardhu Haji kali terakhir pun Allahyarham TG masih tetap berkuliah pada pagi subuh tersebut. Pendekata walau dalam keadaan apa sekali pun Allahyarham TG tetap konsistan untuk mencurahkan ilmu pengetahuan tanpa ada sedikit pun rasa jemu. Di situlah keringatnya banyak tertumpah dan kegigihannya dipamirkan. Disebabkan oleh minat yang mendalam dan atas rasa kesedaran menyampaikan ilmu serta tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pendakwah. Untuk mengajar tentu perlukan sedikit masa untuk mentela’ah apa yang akan di sampaikan. Masa 24jam yang ada digunakan sepenuhnya. Kebiasaanya mengurangkan waktu tidur adalah kaedah yang paling efektif untuk memanafaatkan masa yang ada.
Walau sesibuk mana sekalipun, Allahyarham TG masih tetap ada masa terluang dengan keluarga terutamanya ketika waktu makan. Duduk makan bersama isteri dan anak-anak adalah suatu yang amat diberi perhatian kerana di kala inilah banyak kata-kata nasihat akan di sampaikan. Peluang itu ditunggu-tunggu oleh anak-anak dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh Allahyarham TG untuk mendidik secara lisan dan praktikal. Kata-kata berikut sering diucapkan:
"...Sebaik-baik makanan adalah yang disentuh oleh ramai orang..."
Sesekali anak-anak akan diajar untuk makan di dalam talam, berlauk ikan masin dan hanya berkuahkan air masak. Ia dilakukan semata-mata bagi menerapkan erti kepayahan dan kesusahan dalam kehidupan. Kaedah didikan sebeginilah yang difikirkan amat berkesan dalam mendidik sakhsiah dan keperibadian anak-anak.

[sunting] Kelayakan asas

  1. Allahyarham TG menerima "Tauliah" pengajaran ilmu agama dan limpah perkenan dari Sultan Perak Sultan Idris Shah II Sultan Idris al-Mutawakkil Alallah Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasaullah (31 Januari 1924 - 31 Januari 1984) pada sekitar tahun 1975M. Pengurniaan tauliah ini dilaksanakan setelah Allahyarham TG menduduki beberapa peringkat ujian bertulis serta sesi temuduga yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak dan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perak.
  2. Kemudiannya Allahyarham TG menerima watikah perlantikkan sebagai Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai bagi pihak Jabatan Agama Islam Perak dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu pada tahun 1984M di Ipoh. Juga setelah melalui beberapa sesi ujian bertulis serta temuduga.

[sunting] Berbakti kepada masyarakat setempat

Allahyarham TG sewaktu menziarahi salah sebuah rumah yang musnah akibat kebakaran ketika menjadi YB
Dari kampong-kampong yang berdekatan dengan rumah kediaman di Alor Pongsu, Matang Pasir, Changkat Lobak, Sungai Malau, Larut, Matang dan Selama, Bukit Merah, Perak Parit Haji Taib, Parit Mentara, Pekan Bagan Serai, Masjid Tinggi, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Kamunting, Air Kuning, Kuala Kangsar Pekan Taiping, Matang Gerdu, Sungai Bogak, Pekan Parit Buntar dan banyak lagi. Bukan sahaja dalam negeri Perak sahaja malah melebar luas sehingga ke daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang dan di sebahagian daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Kerja dakwah ini tidak pernah terhenti sentiasa sahaja diteruskan oleh Allahyarham TG walau dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah ke akhir hayat.
Allahyarham TG mula menabur bakti di usia masih muda (awal 30an), dengan terlantik menjadi imam tetap di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, sumber rujukan utama dalam bidang hukum hakam agama bagi masyarakat setempat, penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadhi) bagi kawasan Changkat Lobak, adalah diantara khidmat kemasyarakatan yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Oleh sebab itu Allahyarham TG amat di hormati oleh setiap lapisan masyarakat di Alor Pongsu, Bagan Serai, Gunung Semanggol dan kawasan sekitarnya.
Di akhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an masehi, Allahyarham TG dilantik pula oleh masyarakat untuk memimpin Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah Teluk Medan, Negeri Perak mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qadir Kahar yang meninggal dunia. Jawatan ini disandang hinggalah di penghujung tahun 1999an sebelum meletakkan jawatan sementara waktu untuk membolehkan Allahyarham TG bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10.
Maka kemuncaknya di usia menjangkau 61 tahun, Allahyarham TG telah menjadi pilihan utama masyarakat dan rakyat umum di dalam PRU pada November tahun 1999M. Di dalam PRU itu, Allahyarham TG telah dicalonkan dan terpilih untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Gunung Semanggol bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia PAS. Serentak dengan kejayaan memenangi PRU itu, secara rasmi Allahyarham TG diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memaksimumkan lagi curahan semaian bakti kepada masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat tidak mengira agama, bangsa, latarbelakang dan warna ku.
Kehidupan sebagai petani dan pekebun.
 Kehidupan sebagai petani dan pekebun
Di samping mengajar ilmu agama, bertani, berkebun serta bercucuk tanam adalah merupakan pekerjaan tetap Allahyarham TG untuk menampung hidup keluarga yang begitu ramai. Berkat usaha dan berbakti pada bumi atas sebidang tanah pusaka tapak rumah tempat menanam padi dan beberapa lokasi berdekatan di Sungai Semambu, Changkat Lobak di tanam dengan kelapa sawit serta di Sungai Malau dan Selama, Perak dengan tanaman getah sudah lebih dari cukup dan rezeki yang dikurniakan Allah Ta'ala tidak pernah putus-putus. Di usia muda dan di ketika kudrat yang masih kuat, Allahyarham TG turun ke sawah padi mengerjakannya sendiri menggunakan tulang empat kerat. Kerja-kerja seperti menabur (menyediakan anak semaian), meredih[5], merumput, menyisir dan menebar rumput sebelum kerja-kerja menanam padi dilakukan.
Pekerjaan yang agak ringan ini, kebiasaannya Allahyarham TG akan meminta anak-anaknya (yang dalam lingkungan umur 7 ke 10 tahun) membantu dimana diketika inilah anak-anak sering diajar pengalaman bercucuk tanam serta bertani, juga dalam masa yang sama diselitkan dengan kiasan-kiasan ilmu tentang kebesaran Allah Ta'ala serta doa-doa[6] tertentu memohon dari Allah Ta'ala agar hasil tanaman tetap subur dan menjadi. Bagi kerja-kerja yang lebih berat sedikit, seperti menajak (membajak), menanam dengan menggunakan sejenis alat yang dinamakan “kuku kambing”[7] dan memukul (memungut hasil padi) kebiasaannya akan dibantu oleh anak-anak murid yang ramai datang bergotong-royong. Di kala inilah Allahyarham TG kebiasaannya akan memasak sendiri makanan yang hendak dihidangkan kepada mereka yang kuat berkerja membanting tulang di sawah sambil dibantu isteri.
Di sekeliling kawasan rumah tidak dibiarkan kosong tanpa ada tanaman buah-buahan. Berbudi kepada tanah pasti akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala. Pohon seperti durian, manggis, rambutan dan mangga yang pelbagai jenis ditanam dan dijaga dengan baik diwaktu terluang. Ada sepohon rambutan di hadapan Surau al-Ansar yang berkembar dengan rumah kediaman Allahyarham TG tidak pernah putus-putus buahnya walaupun di luar musim sejak mula ia berbuah hinggalah ke hari ini.

Kebolehan dan kemahiran asas

Kebolehan serta mahir memasak di dapur adalah satu lagi kelebihan kurniaan Allah Ta'ala kepada Allahyarham TG. Ia telah menjadi minat yang tidak pernah hilang sejak dari alam pengajian pondok hinggalah ke akhir hayat Allahyarham TG. Di samping berjaya mendidik ramai anak murid dalam bidang ilmu agama, tidak kurang juga ramainya dari kalangan anak murid yang mengikut jejak Allahyarham TG yang mahir di dapur untuk memasak. Terutamannya menu resepi “Nasi Merah”[8] Allahyarham TG yang menjadi menu makan tengahari atau makan malam yang paling popular dan kesukaan para jemaah di Surau al-Ansar setiap kali majlis jamuan atau kenduri kesyukuran dari dulu hinggalah ke hari ini.
Memandu sendiri jentera seperti traktor untuk membajak tanah, mengangkut buah kelapa sawit yang telah dipotong adalah di antara tugas biasa yang sering dilakukan oleh Allahyarham TG jika ada masa terluang.
Kemahiran lain seperti menembak dengan menggunakan laras senapang patah dengan tepat ke sasaran seperti tupai, haiwan pemangsa seperti biawak sering dilakukan Allahyarham TG ketika di usia muda. Ketika mana melihat kelibat binatang-binatang tersebut yang merosakkan tanaman atau cuba memakan haiwan peliharaan. Jika picu senapang di bidik tidak pernah gagal mengenai sasarannya.
Kebolehan dalam lukisan arca, pemandangan alam semulajadi, mahir dalam kerja tangan seperti membuat wau dan pelbagai bentuk replika[9]. Lukisan rekabentuk adalah juga antara kelebihan dan keistimewaan lain kurniaan Allah Ta'ala kepada Allahyarham TG. Namun segala kelebihan-kelebihan dan jiwa kesenian ini hanya di gunakan oleh Allahyarham TG untuk mengisi masa yang terluang dan tujuan untuk mendidik anak-anak dalam menghargai dan mensyukuri nikmat serta keagongan maha pencipta Allah Ta'ala tuhan semesta alam.
Dalam kalangan anak murid ramai yang mempunyai pengalaman dan peristiwa yang tersendiri yang kadangkala sukar untuk dimengertikan. Allahyarham TG mempunyai keistimewaan membaca gerak hati dan pemikiran muridnya. Sebagai contohnya bagi yang malu-malu mengemukakan pertanyaan, kebiasaannya Allahyarham TG akan menyentuhnya secara terperinci di dalam kuliah tanpa persoalan itu ditimbulkan oleh muridnya.
Ada juga yang berpengalaman bersama Allahyarham TG ketika berkenderaan pulang dari mengajar, tiba-tiba enjin menghadapi masalah kepanasan melampau atau overheating dan ia terpaksa diberhentikan kerana radiotor yang kekeringan air. Di tengah-tengah malam kelam begitu dan keadaan sungguh sunyi seolah-olah tiada berpenghuni, ditakdirkan Allah Ta'ala, tiba-tiba muncul seorang yang berbasikal sambil membawa air di dalam bekas. Pemuda yang tidak dikenali tersebut terus menasihati dan memberikan tunjuk ajar apa yang harus dilakukan dalam menyelesaikan masalah enjin yang panas. Dari kata-katanya itu, memang dia seorang yang mahir atau selayaknya bagi seorang mekanik kereta. Setelah itu orang itu pergi tanpa banyak berkata-kata lagi. Dengan mengikuti apa yang diajarkan oleh pemuda itu tadi, enjin kenderaan dapat berfungsi seperti biasa.
Walaupun ada kalanya menggunakan senapang berlaras dua untuk berburu, Allahyarham TG pada hakikatnya bersifat amat penyayang dan berminat kepada haiwan peliharaan. Antara haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan adalah seperti kucing, burung merpati, burung puyuh dan ikan hiasan seperti emas dan ikan kelisa. Minat untuk memelihara binatang-binatang tersebut tidak pernah padam dari dalam jiwa Allahyarham TG dari usia muda hinggalah ke penghujung hayatnya. Pernah suatu masa Allahyarham TG menyediakan rekabentuk rumah tempat untuk burung merpati dan burung puyuh untuk di bina sama ada oleh tukang kayu atau beliau sendiri serta anak-anaknya. Pernah juga Allahyarham TG dilihat bermain-main dengan haiwan berbisa seperti ular senduk atau King Cobra yang seolah-olah faham dengan kasih sayang yang dizahirkan.

 Memartabatkan sekolah pondok dan SAR

Di antara cita-cita dan perjuangan Allahyarham TG yang tidak pernah padam adalah untuk memartabatkan sistem Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Cita-cita mengasaskan Sekolah pondok sendiri sejak kembali ke kampong halaman. Ia hampir menjadi kenyataan pada akhir tahun 70an awal 80an, dengan terdirinya beberapa buah pondok di sekitar Surau al-Ansar, Alor Pongsu. Namun ia tidak kekal menjadi.
Ada juga yang datang menuntut secara sistem Sekolah pondok umumi (menadah kitab) khusus untuk tempoh masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di Surau al-Ansar. Misalnya pada tahun 1979 awal tahun 1980, beberapa orang pelajar (sekitar 20 ke 30 orang) dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diketuai oleh seorang pelajar bernama Ali. Kumpulan pelajar MCKK ini telah beberapa kali bermukim di Surau al-Ansar untuk mendalami ilmu agama dari Allahyarham TG ketika musim cuti penggal persekolahan mereka. Namun aktiviti ini terhenti kemudiannya, mungkin setelah masing-masing telah menamatkan pengajian dari MCKK dan menyambung pelajaran ke tempat lain atau meneruskan hidup dengan bekerja di tempat masing-masing.
Tidak lama kemudian, Allahyarham TG diminta untuk mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Kahar sebagai Mudir atau Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah. Teluk Medan, Bagan Serai. Dari sinilah cita-cita Allahyarham TG diteruskan, bermulalah memasuki bidang yang agak baru iaitu pengurusan dan pentadbiran sekolah (Sistem Akademik) serentak dengan itu juga mentadbir sistem Sekolah pondok secara umumi.
Allahyarham TG lantang memperjuangkan kepentingan SAR terutama ketika bantuan kewangan yang dibekukan oleh pihak pentadbiran kerajaan bermula pada 1998. Inilah cabaran yang paling getir pernah di lalui oleh Allahyarham TG selaku Mudir untuk mencari sendiri sumber kewangan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Pernah suatu ketika hampir Allahyarham TG terbang ke Negara Brunei Darussalam untuk bertemu dengan sahabat di sana bagi memohon bantuan. Tidak cukup dengan itu juga Allahyarham TG menulis beberapa pucuk surat memohon bantuan dari badan-badan korporat dan bank-bank perdangan tempatan. Segala usaha ini dilakukan demi untuk melihat SAR terus hidup dan tidak terlepas ke tangan pihak kerajaan yang pada pandangan Allahyarham TG tidak lain hanyalah untuk memudarkan pengaruh agama Islam dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu Pada bulan Mei 2005, Allahyarham TG di jemput untuk mewakili Negeri Perak ke Ijtimak Ulama' (إﺟﺜﻤﺎعﻋﻠﻤﺎء) Sekolah Pondok Se-Nusantara di Yayasan al-Jenderami Jenderam, daerah Sepang Dengkil sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di kesempatan ini Allahyarham TG telah melontarkan beberapa pandangan dan idea yang bernas dalam sessi muzakarah (ﻣﺬﻛﺮه) perdana bersama para ulama’ yang datang dari seluruh nusantara termasuk dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Perjuangan dan usaha untuk mempertahankan SAR dan Sistem Sekolah pondok harus diteruskan, itulah tekad Allahyarham TG yang tidak pernah berganjak.
Pada pendapatnya kedua-dua pusat ini khususnya Sekolah pondok, masih cukup relevan sebagai pusat untuk melahirkan para alim ulama’ perwaris nabi untuk generasi akan datang, walaupun kita kini berada di dalam keadaan serba canggih dan moden. Kerana inilah jalan yang telah dirintis oleh Tuan-Tuan Guru kita turun temurun dari dahulu dan juga jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diteruskan hingga ke hari kiamat. Maka tidak hairanlah SAR dan Sekolah pondok sentiasa dicemburui dan tidak disenangi bukan saja kini malah dari dulu sampai bila-bila.
Sebagai contoh berapa ramai dari kalangan Tok-Tok Guru di selatan negara Thailand khususnya Patani, yang telah ditangkap dan hilang begitu sahaja, entahkan hidup entahkan mati. Itu adalah janji Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an [10]:
(أﺣﺴﺐ اﻟﻨﺎس أن ﻳﺗﺮﻛﻮا أن ﻳﻘﻮﻟﻮا ءاﻣﻨﺎ وﻫﻢ لا ﻳﻔﺘﻨﻮن)
Ertinya:“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?
"...Usaha ke arah jalan Allah Ta'ala pasti akan di uji dengan pelbagai rintangan dan cubaan, kita harus ingat Rasullah s.a.w adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Walaupun baginda seorang Nabi lagi Rasul malah kekasih Allah Ta'ala tetapi baginda adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Maka apalah sangat cubaan yang kita hadapi sekarang ini? Terlalu sedikit ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Adakah kita pernah melalui peperangan sebagaimana Rasulullah s.a.w dalam usaha dakwah? Ramai dari kalangan kita yang tidak pernah!! Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian yang hadir untuk mempertingkatkan azam dan semangat untuk meneruskan jalan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Tetaplah istiqamah di dalam perjuangan meninggikan martabat Sekolah pondok yang saya kira satu-satunya sistem pengajian yang menuntut pelajarnya mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu dalam masa yang sama menunaikan tuntutannya iaitu beramal dengan apa yang dipelajari. “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahlah takut dan gentar malah hadapilah segala cabaran dengan kekuatan istiqamah dan kesatuan ummah..."
Itu adalah antara lain pengisian Allahyarham TG ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. al-Fahdil Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

 Mudir Sekolah Agama Rakyat ar-Ridhwaniah

Allahyarham TG Memberi Ucapan dalam satu perhimpunan sekolah
Selain daripada berkhidmat sebagai wakil rakyat, dalam masa sama Allahyarham TG berkecimpung dalam arena persekolahan di mana Allahyarham TG menggunakan sebaik-baiknya kemahiran dalam kepimpinan organisasi serta pengurusan yang telah diamanahkan itu dengan penuh dedikasi dan cermat. Allahyarham TG dilantik sebagai Pengetua atau Mudir (اﻟﻣﺪر) atas persetujuan Pengerusi serta Ahli Jawatan Kuasa (AJK) di mana pada ketika itu, Allahyarham TG menyambung kesinambungan kepimpinan Sekolah yang sebelum itu diterajui oleh Allahyarham al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Kahar. Antara Pengerusi dan AJK yang terlibat dalam melantik Allahyarham TG sebagai Mudir adalah Ustaz Abdul Samad Bin Ishak dan Allahyarham Ustaz Yusuf Bin Ijok.
Allahyarham TG mula menjalankan tugas sebagai Mudir SAR Ma’ahad ar-Ridhwaniah (ﻣﻌﻬﺪاﻟﺮﺿﻭاﻧﻴﻪ), Telok Medan pada awal bulan Januari tahun 1995 sehingga pada bulan Disember 2005. Telah memegang jawatan sebagai Mudir selama lebih kurang 10 tahun dan selama itulah Allahyarham TG menggunakan sebaik mungkin tugas yang telah diamanahkan itu.
Pada permulaan Allahyarham TG ditugaskan sebagai mudir, perkara utama yang ditekankan ialah dari segi akhlak kepada guru-guru serta anak murid. Akhlak memainkan peranan yang amat penting dalam diri setiap manusia. Apabila sesorang itu menonjolkan akhlak ataupun sikap yang baik, dirinya dipandang mulia. Pada masa yang sama juga, diri perlu ada sikap jujur serta ikhlas melakukan sesuatu. Ini selaras dengan didikan yang telah diberikan oleh Allahyarham TG kepada guru-guru serta anak muridnya di sekolah.
Selain itu juga, Allahyarham TG menekankan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Guru-guru serta anak murid diajar untuk saling hormat-menghormati supaya dapat melahirkan insan yang baik akhlak serta berbudi bahasa. Sikap yang baik serta akhlak yang mulia ini juga ditonjolkan oleh Allahyarham TG itu sendiri. Beliau merupakan role model serta contoh kepada guru-guru serta anak murid.
Hampir mencecah kepada 1000 anak murid yang datang ke Ma’ahad Ar-Ridhwaniah untuk menuntut ilmu pada awal kepimpinan Allahyarham TG di sekolah tersebut. Mereka ada yang datang dari Selatan, Timur, Barat serta Utara Malaysia malahan ada juga yang datang dari Acheh, Indonesia dan Thailand.
Di SAR Ma’ahad ar-Ridhwaniah juga terdapat sistem pengajian Sekolah pondok di mana Pengerusi pada ketika itu ialah Ustaz Ahmad Bin Acil. Sistem Pengajian Pondok (SPP) ini dibuka atas tujuan pengukuhan ilmu dalam bidang Agama. Ramai anak murid yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam SAP ini kerana mereka lihat dari segi tingginya nilai ilmu warisan dari tok-tok guru yang alim yang kebanyakkan berasal dari SPP. Sememangnya di akui bahawasanya, ilmu agama SPP ini agak sukar untuk dikuasai serta diperolehi. Ia sangat menuntut kesungguhan para pelajar menumpukan daya ingatan yang tinggi untuk mereka menghafal Kitab kecil bagi memahirkan penguasaan dalam ilmu nahu (ﻧﺤﻮ) dan saraf (ﺻﺮف) bahasa Arab. Kitab kecil atau disebut Matan seperti Matan as-Sanusiah (ام اﻟﺑﺮاﻫﻳﻦ ﻣﺗﻦ ﺳﻨﻮﺳﻴﻪ), Dommun (ﻀﻢ ﺳﺮت ﻣﺪﺧﻞ), al-Jarumiah (اﻟﻣﺗﻦ الاﺟﺮوﻣﻴﻪ), Zubad (زﺑﺪ) dan lain-lain adalah yang lazim digunakan oleh kebanyakkan SAP. Tidak ramai yang mampu menguasainya dengan baik, melainkan hanya mereka yang betul-betul tekun, rajin berusaha, istiqamah dalam menuntut sahaja yang mampu melakukannya.
Selain membuka Sekolah Agama serta SPP, pihak sekolah juga membuka penempatan tempat tinggal untuk warga emas. Warga emas di tempatkan khas untuk mereka menuntut ilmu yang diajar oleh Allahyarham TG sendiri serta Ustaz-Ustaz di Surau secara umumi.
Di antara kitab yang biasa digunakan oleh Allahyarham TG ialah Kitab Tafsir Hasyiah As-Sowi ‘ala Tafsirul Jalalain Syarhul ‘alamaatil Syeikh, Ahmad As-Sowi Al-Maliki, Bikitab Libaabil Naqul fii Asbabil Nuzul Li Soyuuti (ﺣﺸﻴﻪ اﻟﺼﻭي اﻟﻤﻠﻴﻜﻲ ﻟﺑﺎب اﻟﻧﺎﻗﻮل ﻓﻲاﺳﺑﺎب اﻟﻧﺰل ﺴﻳﻮطﻲ) dan Tahzibu Athrofil Hadithi Bisyarhi ma Fii Kitab Mukhtar al-Hadith (ﺗﻬﺬب اﻟﻃﺮا ﻓﻲ الحديث ﺑﺸﺮه ﻣﺎ ﻓﻲ ﻛﺗﺎب الحديث), Karangan al-Ustaz Al-Haj ‘Abdul Halim Al-Hadi. Dua kitab ini sangat famous digunakan oleh Allahyarham TG untuk mengajar. Selain itu, terdapat kitab lain yang digunakan oleh Allahyarham TG untuk mengajar seperti kitab Feqah, Tauhid, Nahu dan Saraf.
Allahyarham TG dapat membuat perubahan dari segi sektor prasarana sekolah. Hasil daripada kegigihan beliau serta sokongan dari pelbagai pihak seperti guru-guru, anak murid, ibu bapa serta masyarakat sekeliling untuk memajukan sekolah, maka pada tahun 1998, satu bangunan kelas dua tingkat dapat dibangunkan untuk kemudahan para pelajar bagi menuntut ilmu.
Allahyarham TG berusaha keras untuk mencari dana sekolah bagi menampung perbelanjaan sekolah untuk membayar bil-bil seperti air serta elektrik dan memperbaiki peralatan yang telah rosak digunakan. Antara dananya ialah, 14 ekar kebun kelapa sawit di wakafkan atas nama sekolahnya. Selain itu, juga terdapat koperasi sekolah dibuka untuk kemudahan bagi pelajar untuk mendapatkan barangan peralatan sekolah. Beliau juga ada membuat sumbangan peribadi di mana sumbangan tersebut diberikan kepada guru-guru. Sumbangan ikhlas daripada mana-mana pihak yang berhati muliai juga dikira sebagai dana untuk menampung pembelanjaan sekolah.
Allahyarham TG selalu berpesan kepada anak muridnya di dalam perhimpunan yang diadakan pada setiap minggu. Antara pesanan yang sering Allahyarham TG sampaikan ialah:
Allahyarham TG Bergambar ramai bersama sebahagian daripada tenaga pengajar SAR ar-Ridhwaniah, Teluk Medan, Bagan Serai, Perak
  1. Menuntutlah ilmu selagi roh dikandung badan.
  2. Perbezaan manusia antara manusia yang lain ialah dari segi ilmunya.
  3. Selagi ada peluang untuk menuntut ilmu, carilah seberapa banyak mana mungkin.
  4. Pelihara akhlak sebaik mungkin serta menghormati antara satu sama lain.
Empat elemen ini amat dititik beratkan oleh Allahyarham TG kepada kesemua murid. Ternyata segala pesanan yang disampaikan, amat mementingkan hubungan di antara manusia dengan Allah Ta'ala serta hubungan manusia sesama manusia.
Allahyarham TG sangat disegani oleh para guru serta anak muridnya. Ini kerana dari segi tingginya ilmu yang dimiliki Allahyarham TG dilihat sentiasa selari dengan apa yang sering dipesankan:
"Perbezaan manusia dengan manusia ialah dari segi ilmunya. Bukanlah kita untuk bermegah-megahan dengan apa yang kita ada, tetapi pada masa yang sama dengan ilmulah, kita dapat membentuk akhlak serta keperibadian yang mulia"
Allahyarham TG mengambil pendekatan yang sangat praktikal untuk merapatkan ukhuwah sesama guru-guru serta anak muridnya seperti mengadakan program Qiyamullail (اﻟﻔﻴﺎﻢاﻟﻴﻞ) bagi mengajar anak muridnya. Program ini bukan berlangsung di dalam surau, tetapi ia berlangsung di padang sekolah. Betapa ramai anak muridnya serta guru-guru membanjiri padang sekolah untuk sama-sama mengerjakan qiyamullail tersebut.
Sepanjang pentadbiran Allahyarham TG, segala aspek pengurusan sekolah telah dapat berjalan dengan baik dan lancar. Namun atas faktor kesihatan yang kurang mengizinkan Allhayarham TG untuk bergiat cergas, maka pada penghujung bulan Disember  tahun 2005, Allahyarham TG secara sukarela melepaskan jawatan sebagai Mudir SAR Ma’ahad ar-Ridhwaniah untuk memberi laluan kepada guru lain untuk meneruskan usaha memajukan lagi SAR ar-Ridhwaniah.

 Hasil karya kitab dan penulisan

Kitab at-Tareq ila-Allah Karangan Allahyarham Tuan Guru Dato Paduka Indera Haji Muhammad Saman Kati
Pada ketika hendak menduduki ujian mendapatkan tauliah kerajaan Negeri Perak di awal tahun 1970an, Allahyarham TG berusaha dengan tekun membuat rujukan dan semakan dari beberapa buah kitab yang muktabar dalam ilmu Tauhid (Arab: توحيد), Fiqah (Arab: ﻓﻘﻪ), Tasawuf (Arab: ﺗﺼﻮف), Hadis (Arab: الحديث); , Tafsir, Tajwid (Arab: تجويد) dan Sejarah. Sama ada kitab-kitab Arab dan Jawi. Di antaranya yang menjadi rujukan terpenting adalah:
  1. Kitab-Kitab Tafsir seperti al-Khazin (اﻟﺨﺎﺯﻳﻦ), Ibnu Kathir (اﺑﻦ ﻛﺚﻴﺮ), al-Jalallain (اﻟﺠﻠاﻟﻳﻦ), Nurul Ehsan (ﻧﻮراﻟإﺣﺴﺎن), al-Tabari (اﻟﻄﺒﺮي), al-Qurtubi (اﻟﻔﺮﻃﺒﻲ), Jamal (ﺟﻤﻞ), Tafsir Al-Quran al-Hakim (اﻟﻘﺮآناﻟﺤﻜﻴﻢ) dan lain-lain
  2. Kitab-Kitab Hadis oleh perawi-perawi seperti Sohih Bukhari (ﺻﺤﻴﺢ اﻟﺒﺨﺎري), Sohih Muslim (ﺻﺤﻴﺢ ﻤﺴﻠﻢ), Imam Ahmad (اﻟﺎﻣﺎم اﺣﻤﺪ), at-Thobrani (اﻟﻂﺐﺮاﻧﻲ), an-Nasa'i (اﻟﻨﺴﺎءي), al-Hakim (اﻟﺤﻜﻢ), al-Baihaqi (اﻟﺐﻴﻬﻘﻲ), Abu Mansur ad-Dailami (اﺑﻮﻣﻨﺼﻮﺭ اﻟﺪﻳﻟﻤﻲ), (Sunan Abu Daud (ﺳﻧﻦ اﺑﻲداود), Sunan Ibnu Majah (ﺳﻧﻦ اﺑﻦاﻟﻤﺎﺟﻪ), Sunan at-Tirmizi (ﺳﻧﻦ اﻟﺜﺮﻤﺬي), Bahrul Mazi (ﺑﺤﺮاﻟﻣﺎذي), Riadhus Solihin (اﻟﺮﻳﺎض اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ), Ainul Ma'bud (ﻋﻮن اﻟﻤﻌﺒﻮد) dan lain-lain.
  3. Kitab-Kitab Tauhid seperti Akidatun Najin (ﻋﻔﻴﺪه اﻟﻧﺎﺟﻴﻦ) Sirajul Huda (ﺳﺮاج اﻟﻬﺪي) ad-Durr an-Nafis (اﻟﺩراﻟﻨﻔﻴﺲ), ad-Durr an-Thamin (اﻟﺩراﻟﺖﻤﻴﻦ) dan lain-lain.
  4. Kitab-Kitab Fiqah seperti al-Umm (الاوم), Tuhfah (ﺛﺤﻔﻪ), Nihayah (اﻟﻧﻬﺎﻳﻪ), Fat-h al-Wahhab (ﻓﺜﺢ اﻟﻮﻫﺐ), Fat-h al-Mu'in (ﻓﺘﺢاﻟﻤﻌﻴﻦ), Mughni al-Muhtaj (اﻟﻤﻨﻲاﻟﻤﺤﺜﺎج), Bughyatu al-Thullab (ﺑﻐﻴﻪاﻟﻄﻠﺎب), Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞاﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦﻟﻠﺘﻔﻘﻪﻓﻲاﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ), al-Iqna' (الاﻗﻨﺎء), I'anatu-at-tolibin (إﻋﺎﻧﻪ اﻟﻂﺎﻟﺒﻳﻦ), Matl'ail Badrin (ﻣﻄﻠﻊاﻟﺒﺪرﻳﻦوﻣﺠﻣﻊاﻟﺠﺮﻳﻦ), Bulugh al-Maram (ﺑﻮﻟﻎاﻟﻤﺎرم), Muniatul Mushalli (ﻣﻨﻴﻪاﻟﻣﺼﻠﻲ), Jauhar al-Mauhub (اﻟﺠﻮﻫﺮاﻟﻤﻮﻫﻮبوﻣﻨﺒﻬﺎتاﻟﻔﻠﻮب), Kashful-litham (ﻛﺸﻒ اﻟﺖﻢ) dan lain-lain.
  5. Kitab-Kitab Tasawwuf seperti Ehya' Ulumiddin (إﺣﻴﺎءﻋﻟﻣﺪﻳﻦ), Hikam (ﺣﻛم), Minhajul-'abidin (ﻣﻨﻬﺎج اﻟﻌﺎﺑﺪﻳﻦ), Bidayah al-Hidayah (ﺑﺪاﻳﻪاﻟﻬﺪاﻳﻪ) Siyarus-salikun (ﺳﻴﺮاﻟﺴﺎﻟﻜﻴﻦ) Penawar Bagi Hati (ﻓﻨﺎورﺑﺎﻛﻲﻫﺎﺛﻲ), Hidayatul Mutafakkirin (ﻫﺪاﻳﻪاﻟﻤﺘﻔﻜﺮﻳﻦ), Salam al-Mubtadi (ﺳﻟﻢاﻟﻤﺒﺘﺩي), At-tariq iIlallah (اﻟﻄﺮﻳﻖإﻟﻲأﻟﻠﻪ) dan lain-lain .
    Pada Muka surat 4 Kaifiyat Tareqat al-Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah jelas tercatat nama Tok Syeikh Daud al-Fathani sebagai guru bagi Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Sammani
Demi untuk memudahkan rujukkan dan semakan semula dalam proses pembelajaran serta hafalan, Allahyarham TG telah menghimpunkan ringkasan, nota-nota serta huraiannya di dalam beberapa buah buku, kitab dan risalah-risalah kecil. Penulisan adalah dalam bentuk Soal Jawab Agama ini berjaya diselesaikan.
Selain daripada itu, Allahyarham TG juga sempat menyiapkan beberapa catatan ringkas seperti Kaifiyat Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah[11] (ﻛﻳﻔﻴﻪ ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ) dan Teknik Berkhutbah dan Tuntutan Persekitarannya. Namun buat masa ini, walaupun ia telah dibukukan, tetapi belum disalin semula atau dicetak dengan sempurna. Ia masih kekal di dalam bentuk asal tulisan tangan. Koleksi kitab-kitab ini masih tersimpan dengan baik di rumah kediaman Allahyarham TG di Bagan Serai Negeri Perak.
Di lewat usia, Allahyarham TG juga aktif untuk melakukan kerja-kerja menterjemah beberapa buah kitab Arab kepada Bahasa Melayu dan “penambah-baikkan bahasa” ke atas beberapa buah kitab Melayu di antaranya kitab Iidohul Bab (إﻳﻀﺎح اﻟﺑﺎب). Kebanyakkan dari kitab-kitab ini, yang mempunyai percampuran gaya bahasa klasik Melayu lama, Banjar dan Arab akan disalin, kemudiannya dihuraikan mengikut lenggok dan gaya bahasa Melayu moden yang sudah tentu mampu memberi banyak manafaat kepada generasi akan datang. Usaha ini dilakukan dengan bantuan dan kerjasama pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak di bawah naungan YBhg. Dato' Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak . Beberapa sessi pertemuan dan perbincangan serta seminar di adakan bagi tujuan ini, di sepanjang tahun 2006 yang biasanya di adakan di Pulau Pangkor Perak. Hasil daripada usaha ini pasti bakal menjadi pedoman, panduan, rujukan terpenting umat Islam generasi akan datang.
Allahyarham TG juga amat gemar mengumpul dan meyimpan koleksi kitab-kitab lama terutamanya karangan al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (اﻟﺸﺦ وﺍن ﺩﺍوﺩ اﻟﻔﻂﺎﻧﻲ رﺣﻤﻪاﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani atau Tok Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani[12] di antaranya seperti Bughyatu al-Thullab (ﺑﻐﻴﻪاﻟﻄﻠﺎب). Ini adalah kerana Tok Syeikh Daud al-Fathani adalah merupakan guru bagi semua ulama' nusantara bahkan termasuk di dalam salasilah ahli Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah seperti yang tercatat di dalam Kaifiyat amalan zikirnya (ﻛﻳﻔﻴﻪ ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ). Juga selain daripada meninggalkan ramai murid yang terkenal, kitab-kitab karya beliau (Tok Syeikh Daud al-Fathani) juga sangat terkenal di seluruh alam Melayu, bahkan masih digunakan dan dijadikan rujukan sehingga kini.

 Sahabat dari kalangan ulama' sezaman

Kenangan bersama al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Awang dan Mustafa Kamil Ayub dalam perakan hari penamaan calon PRU ke-10 Nov 1999M
Terdapat begitu ramai sekali nama-nama jika hendak di senaraikan. Sebahagian daripadanya adalah senarai nama guru di antaranya tercatat di bawah:
  1. Allahyarham Tuan Guru Haji Saad bin Haji Abdul Kadir, Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Bapa Mertua)
  2. Allahyarham Tuan Guru Haji Jaafar al-Hafiz, Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Bapa Saudara disebelah isteri pertama)
  3. Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Pondok Padang Lalang Bukti Mertajam, Pulau Pinang (Biras)
  4. Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Salleh, Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Biras)
  5. Allahyarham Tuan Guru Muhammad Saman Bin Muhammad Kamunting Taiping.
  6. Allahyarham Tuan Guru Haji Daud Malau , Malau Kedah
  7. Allahyarham as-Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani, Mekah asal dari Padang, Indonesia.
  8. Allahyarham as-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul al-Mutallib al-Indonesi al-Maindili, Indonesia.
  9. Allahyarham as-Syeikh Idris al-Marbawi, Mekah asal Lubok Merbau, Negeri Perak.
Kenangan bersama Dato' Seri TG Haji Abdul Hadi Awang di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Trengganu
Senarai di antara kenalan dan sahabat tercatat di bawah:
  1. Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Kelantan.
  2. Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusuf Rawa Lebuh Acheh, Pulau Pinang
  3. Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kedah
  4. Allahyarham al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Qadir Kahar, Teluk Medan Negeri Perak
  5. YBhg. Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar
    Kenangan bersama TG Nik Aziz di Taman Melewar, Gombak
  6. Al-Fadhil Ustaz Haji Hassan Shukri, Selangor
  7. YBhg. Dato' Abdul Halim bin Abdul Rahman, Kelantan
  8. Al-Fahdil Ustaz Haji Yahya Othman, Kelantan
    Kenangan bersama Dato' Seri TG Haji Abdul Hadi Awang dalam majli perasmian Konvensyen PAS Perak kali ke-8
  9. YBhg. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang, Terengganu
  10. Al-Fahdil Ustaz Ahmad bin Awang, Negeri Perak
  11. Al-Fadhil Tuan Guru Haji Mat Arif Negeri Perak
  12. Al-Fahdil Ustaz Suid Din, Negeri Perak
  13. YBhg. Dato' Tuan Guru Haji Abdul Latif Abdul Rahman atau "Pak Teh Kroh", AJK Syari'ah[13] Negeri Perak
  14. YBhg. Tuan Haji Hashim bin Awang, Mantan Imam Besar Masjid Kompleks Jemaah Haji Kelana Jaya, Selangor.
  15. Al-Fadhil Ustaz Haji Hashim Jassin, Perlis
  16. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Abdul Rahman, Negeri Sembilan
  17. YBhg. Tuan Guru Haji Jalaluddin bin Abdul Wahid, Melaka
  18. YBhg. Dato’ Tuan Guru Dr. Haji Haron bin Taib, Terengganu
  19. YBhg. Dato’ Dr. Haron Din al-Hafiz, Perlis
  20. Al-Fahdil Tuan Guru Haji Ahmad Baqi Othman, Pahang
  21. YBhg. Tuan Haji Mohd Sabu, Pulau Pinang
  22. YBhg. Tuan Haji Mahfuz Omar, Kedah
  23. Al-Fadhil Ustaz Misbahul Munir, Rungkup Negeri Perak
  24. Al-Fadhil Ustaz Tarmizi, Taliban Negeri Perak
  25. Al-Fadhil Ustaz Adnan bin Mohammad Saman, (Anak Tuan Guru Hj Mat Saman)
  26. YBhg. Tuan Haji Alias Sani (Badrin) bin Mohammad Saman, (Anak Tuan Guru Hj Mat Saman)
  27. YBhg. Dato' Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak
  28. Allahyarham Dato' Haji Ishak bin Baharom[14], mantan Mufti Kerajaan Negeri Selangor
  29. YBhg. Dato' Ustaz Haji Ismail Kamus, Selangor
  30. Al-Fadhil Ustaz Haji Taib Azamudden Md. Taib, Mantan Imam besar Masjid Negara (1993-1999), Kuala Lumpur
  31. Al-Fadhil Ustaz Haji Azizan Razak, Perlis
  32. Al-Fahdil Ustaz Haji Azizan Desa, Negeri Perak
  33. Al-Fadhil Tuan Guru Haji Yahaya Jonid, "Pak Ya Jonid" Kedah
  34. Al-Fadhil Ustaz Haji Sidek Noor, Negeri Perak
  35. Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Taib, Teluk Medan Negeri Perak
  36. Al-Fahdil Ustaz Haji Hamzah Bin Haji Jaafar al-Hafiz, AJK Fatwa[15], Jabatan Mufti Pulau Pinang anak Allahyarham Tuan Guru Haji Jaafar al-Hafiz Sekolah pondok Padang Lalang Bukit Mertajam
  37. YBhg. Tuan Haji Hashim bin Awang, (adik ipar) Mantan Imam Besar, Masjid Kompleks Jemaah Haji, Selangor
Nama-nama di atas adalah di antara senarai panjang nama besar pada ketika ini. Namun jika di kampung halaman Alor Pongsu sendiri, ada beberapa nama yang cukup karib dengan Allahyarham TG, yang boleh di kategorikan sebagai sahabat. Mereka ini adalah orang-orang biasa yang sanggup berkerja kuat serta berkorban apa sahaja demi untuk kesejahteraan Allahyarham TG. Bukan sahaja harta, tenaga dan wang ringgit bahkan jiwa raga meraka.
Kenangan pada hari Pembuangan undi PRU ke10, 29 November,1999
Di antaranya adalah Tuan Haji Ismail Muhammad@Pak Ngah Mail, Allahyarham Tuan Haji Jamil@Pak Ndak Jamin, Allahyarham Tuan Haji Sulaiman@Pak Aji Leman (Abang Kandung), Tuan Haji Abdullah@Pak Long Dolah, Tuan Haji Masri@Tok Imam Masri@Tukang Masak (rakan seperguruan di Pondok Padang Lalang), En. Samsuri bin Jafri@Pak Sam, En. Hamdi bin Idar@Taukeh, En. Abdul Rashid Che Mat@Abang Rasid, En. Suhaimi Ramli@Atut, En. Zainal bin Napiah@Aloi@tukang masak, En. Mohidin@Paksu@tukang masak, En. Kamaruddin@Abang Kamar, En Roslan Haji Abdullah@Lan Dollah, En.Nasir@tukang masak dan Tuan Haji Abdul Rahman@Cikgu Raman Taiping.Termizi@pak su mizi.
Setiap dari mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan peranan masing-masing ketika bersama dengan Allahyarham TG. Pendek kata mereka inilah yang sanggup susah senang, tertawa dan menangis bersama-sama Allahyarham TG di sepanjang perjalanan menelusuri usaha dakwah Islamiah di atas muka bumi Allah Ta'ala.
Jasa dan khidmat mereka ini kepada Allahyarham TG yang tidak mengenal erti penat lelah, tidak mengira masa dan tempat, pasti tidak mampu dibalas, hanya diserahkan kepada Allah Ta'ala untuk menilai dan membalasnya, jaza-kumullah khairan kathira (ﺟﺰﻛﻢاﻟﻠﻪﺧﻳﺮﻛﺜﻴﺮ) kepada mereka semua.

Pengiktirafan yang diterima

Bendera Negeri Perak
Menjalankan kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia di sisi Allah Ta'ala. “Jika kamu menolong Agama Allah, nesacaya Allah pasti akan menolong kamu” mafhum ayat al-Quran. Pengiktirafan Allah Ta'ala inilah yang tertinggi dan mahu di kejar oleh para ilmuan dan pendakwah sejak dari zaman Rasullulllah s.a.w, para sahabat baginda, pengikut sahabat dan pewaris-pewaris baginda hingga akhir zaman. Bagi yang merintis jalan yang mulia dan berliku ini, tiada yang lebih penting dari pengiktirafan dari Allah Ta'ala [16]:
(إﻧﻤﺎ ﻳﺨﺸﻲ اﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻋﺑﺎده اﻟﻌﻠﻤﺎء)
Ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah Ta'ala dari kalangan hamba-Nya hanyalah Ulama’” [17]

Bukanlah pengiktirafan dunia yang mahu dikejar. Paling penting adalah untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala, mengeluarkan diri, keluarga serta maysrakat dari zulmat (ﻇﻠﻤﻪ) gelap kejahilan dan berkongsi ilmu pengetahuan yang ada. Inilah antara tiga tujuan utama dalam menjalankan usaha dakwah. Bukanlah di minta tetapi mungkin atas kesedaran pihak-pihak yang berwajib; Allahyarham TG pernah menerima anugerah “Tokoh Ma’al Hijrah” peringkat Daerah Kerian pada tahun 2006.

Kerjaya dalam bidang politik tanah air

Lambang PAS
Kenangan Allahyarham TG bersama Allahyarham Dato' Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS, ketika baharu menjawat Jawatan sebagai PJ PAS Perak. Di kanan adalah al-Fadhil Ustaz Haji Azizan Desa Timbalan PJ PAS Perak ketika itu. Photo tahun:1998

Karier politik Allahyarham TG bermula sekitar penghujung tahun 1960-an awal 1970-an di mana beliau menyertai Parti Islam Se-Malaysia PAS sebagai wadah perjuangan.
Di dalam PAS Allahyarham TG melewati sekurang-kurangnya lima generasi kepimpinan iaitu Allahyarham Dr Zulkifli Muhammad, Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri Haji Muda (HMAM), Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa (TGYR), Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor (DHFN) dan YBhg. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (TGHA).
Tan Sri Datuk HMAM yang kebetulan menantu kepada Syeikh Juned Tola yang tinggal di Padang Rengas tidak jauh dari pekan Bagan Serai telah berkahwin dengan anak Syeikh Juned Datin Sakinah Syeikh Juned. Tan Sri Datuk HMAM sering turun ke daerah Bagan Serai dan Gunung Semanggol (walaupun kampong halamannya jauh di negeri Kelantan) adalah antara pencetus idea perjuangan diperingkat awalnya. Namun perjuangan yang di bawa oleh Allahyarham Dr Zulkifli Muhammad yang terkenal dengan kelantangannya ketika berhujjah di Parlimen, adalah yang mula-mula menyuntik semangat TGHS untuk bergiat aktif. Dari sinilah bermulanya bibit-bibit dan minat yang mendalam timbul untuk menceburkan diri dalam bidang politik tanah air.
Di antara keempat-empat tokoh Presiden PAS terkemudian, Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor adalah yang paling akrab dengan Allahyarham TG. Di zaman Allahyarham DHFN menjadi Presiden, Allahyarham TG dilantik menjadi Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Perak iaitu jawatan tertinggi parti di peringkat negeri selama 2 penggal berturut-turut iaitu dari tahun 1997 hingga tahun 2002. Di ketika ini jugalah Allahyarham TG memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N9 Gunung Semanggol Perak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10. Setelah DHFN kembali ke Rahmatullah pada Mar 2003, TGHS tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri bagi memberi penghormatan terakhir di Darul Ulum, Kedah yang dihadiri oleh ratusan ribu manusia dari seluruh negara.
Keputusan Pilihan Raya Umum November Tahun 1999 dimenangi Allahyarham TG mengalahkan wakil BN dengan majoriti 743 undi
Semasa menjawat jawatan sebagai PJ PAS Perak, Allahyarham TG dilihat telah memberikan sepenuh komitmennya dalam menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan amanah yang telah diberikan. Allahyarham TG adalah antara yang paling konsistan dalam melaksanakan apa juga dasar yang ditetapkan parti dari peringkat pusat. Juga dilihat seorang yang sangat kuat bekerja dan gigih dalam mengikuti program parti. Dari mesyuarat bulanan (di Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar Selangor), Muktmar, Seminar, dan pelbagai aktiviti yang di adakan. Allahyarham TG tidak pernah ketinggalan menghadirkan diri di setiap program yang dianjurkan Parti di seluruh negara dari utara ke selatan timur dan barat. Jawatan terkahir Allahyarham TG dalam dalam Parti adalah selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Pengerusi Lujanah Tarbiyyah dan AJK Dewan Ulama’ PAS Perak selain daripada kekal selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai dan Ketua Cawangan Alor Pongsu.
Allahyarham TG bersama penyokong Meraikan kemenangan di dalam PRU ke-10 November 1999M
Di antara ungkapan yang amat terkesan kepada masyarakat adalah apabila Allahyarham TG menyatakan bahawa:
“Jika ada orang yang mengatakan bahawa politik tidak boleh di bicarakan di dalam masjid, ia seumpama menghalang orang membaca al-Qur’an di dalam masjid. Ini adalah kerana, di dalam al-Qur’an ada menyebutkan soal politik dan... Jika kita fikir lebih jauh sedikit lagi, ia seumpama menghalang orang dari membaca al-Qur’an dan seumpama menghalang orang beramal ibadat kepada Allah Ta'ala dan seumpama menghalang orang untuk mendampingi Allah tuhan pencipta!!! dan adakah ini yang nabi kita ajarkan?”

 Tugas sebagai wakil rakyat

Kenangan Allahyarham TG (tengah) bersama Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), Menteri Besar Perak, ketika baharu selesai Majlis angkat sumpah jawatan sebagai ADUN Gunung Semanggol. Kiri ADUN Pantai Remis wakil dari DAP YB Nga Kor Ming. Photo: Tahun 1999, Pejabat SUK Kerajaan Negeri, Ipoh Perak
Lambang
Sepanjang penglibatan Allahyarham TG dalam arena politik tanah air, Allahyarham sekurang-kurangnya melalui 4 kali Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon yang bertanding atas tiket PAS.
Kali pertama diberi kepercayaan ialah pada PRU ke-8 (21 Oktober 1990) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu. Pengalaman kali pertama ini tidak berjaya dengan undi majoriti sebanyak 5 ribu lebih. Kali kedua mencuba pula pada PRU ke-9 (25 April 1995) di mana ketika itu TGHS tewas juga dengan mejoriti 5 ribu lebih undi kepada calon BN di DUN Gunung Semanggol.
Berikutnya ialah pada PRU ke-10 (29 November 1999), kali ini adalah yang paling bersejarah apabila bertanding untuk kerusi DUN Gunung Semanggol buat kali keduanya; Allahyarham TG berjaya diberi mandat oleh rakyat dengan majoriti sebanyak 743 undi. Kemudiannya kali terakhir ialah pada PRU ke-11 (21 Mac 2004), namun hasrat untuk mempertahankan kerusi DUN Gunung Semanggol, tidak kesampaian dengan kekalahan majoriti yang tipis iaitu sebanyak 90 undi sahaja. Mengikut pengiraan awal, Allahyarham TG memenangi kerusi tersebut, namun tewas dengan kiraan undi Pos.

Ketika rencana ini ditulis, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membubarkan Parlimen untuk memberi laluan bagi PRU ke-12 pada 13hb Februari 2008. Serentak dengan itu semua kerajaan negeri di nasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Pada keesokkan harinya pihak Suruhanjaya Pilihanray (SPR) telah mengumumkan pula tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi PRU ke-12 [18]

 Menghadapi masalah sakit jantung

Masalah sakit jantung mula dikesan di pertengahan tahun 2005 apabila Allahyarham TG sering mengadu berasa sesak nafas ketika menaiki tangga terutamanya. Membuat pemeriksaan awal di klinik pekan Bagan Serai, Allahyarham TG dirujuk untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 16hb Ogos 2005.
Setelah bertemu dengan pakar jantung di HUKM Dr. Azmi bin Mohd Nor, Allahyarham TG pada hari yang sama dirujuk pula kepada Dato’ Dr Yahya seorang pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Di IJN, Allahyarham TG segera diperiksa diagnose dan didapati mengalami keadaan yang agak serius yang menyebabkan pihak IJN terpaksa memasukkan (menahan) Allahyarham TG ke Wad. Ini berdasarkan laporan awal yang menunjukkan bahawa jantung Allahyarham TG telah membengkak lebih dari 10mm berbanding saiz orang normal iaitu antara simton bagi Penyakit jantung koronari.
Serentak dengan itulah Allahyarham TG diminta untuk berehat buat sementara waktu dari semua aktiviti yang biasa dilakukan. Tempat yang paling baik untuk berehat adalah di Wad IJN sebelum di discaj lebih kurang 20 hari kemudiannya. Di dalam masa tersebut pihak IJN melalui pakar jantung telah melakukan beberapa siri diagnose dan rawatan termasuklah Angiogram[19]. Hasil daripada ujian lanjut itu; telah mendapati bahawa 3 daripada 5 saluran utama jantung Allahyarham TG telah tersumbat.
Bersama ahli keluarga ketika beristirehat di IJN, Kuala Lumpur. Tarikh: 16 Ogos, 2005
Pada perkiraan awalnya, doktor yang merawat bercadang untuk melakukan pembedahan pintasan jantung Coronary bypass[20] selain daripada beberapa pilihan yang lain seperti “rawatan belon” dan sebagainya. Namun akhirnya kesemuanya itu tidak dilaksanakan memandangkan komplikasi yang bakal dihadapi. Faktor umur juga telah meningkatkan risiko kegagalan bagi mengizinkan para doktor di IJN berbuat demikian. Ada juga andaian mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa Allahyrham TG sendiri, tidak bersedia untuk melakukannya memandangkan peluang untuk pulih adalah 50:50 atau lebih rendah. Allahyarham TG berpendapat adalah lebih baik bertahan dengan ubat-ubatan sahaja.
Selama beristirahat di IJN, ramai kalangan sanak saudara, anak murid, kenalan dan sahabat handai yang datang menziarah termasuk yang khusus datang dari kampong Alor Pongsu. Ketika di Wad diperhatikan banyak masa Allahyarham TG telah dihabiskan untuk membaca buku terjemahan Karya Abu Hamid Al-Ghazali[21]
Allahyarham TG kemudiannya telah dibenarkan pulang dari IJN ke rumah dengan bekalan ubat-ubatan yang bukan sedikit. Lebih dari 2 plastik bag bersaiz sederhana besar mengandungi pelbagai jenis ubatan yang berkaitan dengan jantung. Setelah pulang ke kampong, Allahyarham TG mengambil peluang untuk terus berehat tanpa melakukan kerja-kerja berat tetapi masih meneruskan kerja mengajar di Surau al-Ansar.
Tanpa berputus asa dengan rahmat Allah ta'ala, selain dari perubatan moden, dalam masa yang sama Allahyarham TG berikhtiar juga secara perubatan tradisional kampong. Namun setiap bulan harus membuat follow-up ke IJN Kuala Lumpur. Keadaan nampak semakin membaik pulih dari semasa ke semasa, sehinggalah kira-kira 1 bulan sebelum berangkat ke tanah suci. Ujian terakhir oleh panel perubatan Tabung Haji (TH) mendapati keadaan kesihatan Allahyarham TG sememangnya excellent untuk menunaikan fardhu haji pada tahun tersebut. Itulah yang sentiasa didoakan dan diinginkan oleh Allahyarham TG; apa keadaan sekalipun mesti pergi ke Mekah setelah hajatnya tertangguh tahun sebelumnya.

 Musim haji 2006/07 yang terakhir

Sepanjang hayat Allahyarham TG berpeluang untuk menunaikan Haji ke tanah suci Mekah (Arab: مكة المكرمة) lebih dari 5 kali. Bermula masih umur remaja belasan tahun sekitar tahun 1950an Masehi, kemudian ketika menyambung pegajian di Mekah dalam tahun 1960an, setelah berkahwin awal tahun 1970an, seterusnya pada 1996M (hadiah dari Jabatan Agama Islam Perak atas khidmat sebagai Penolong Pendaftar Nikah) dan terakhir musim Haji 2006/07.
Kenangan Sejurus sebelum berangkat dari Kampong Halaman, Alor Pongsu. Tarikh: 23 Disember, 2006M
Perancangan awal adalah pada musim haji 2005M namun disebabkan masalah tiada kelulusan Visa Haji, ia tertangguh selama satu tahun. Ramai dari ahli keluarga, anak murid, serta anak-anak amat tidak menyangka yang pemergian Allahyarham TG ke Tanah Suci kali ini, adalah pergi untuk buat selama-lamanya. Kebetulan pemergian adalah menggunakan penerbangan Tabung Haji KT60 yang hampir penghujung.
Dengan ditemani isteri ke-2, maka pada 23hb Disember 2006, awal pagi Allahyarham TG telah berangkat keluar meninggalkan rumah, kampong halaman ke Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang sekitar jam 7:00 pagi untuk pergi buat selama-lamanya. Dengan diiringi oleh ahli keluarga, anak-anak, sanak-saudara, orang-orang kampong dan anak murid untuk mengucapkan selamat jalan sama ada di rumah mahupun ada yang mengikut rombongan keluarga hingga ke airport.
Menaikki pesawat untuk ke KLIA pada jam 10:00am dan tiba di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk transit sekitar jam 2:00 petang. Dari sini Allahyarham TG singgah berehat ke rumah anaknya yang ke-3 di Bandar Kinrara Puchong. Di kesempatan yang ada, ramai kalangan ahli keluarga terdekat yang tinggal di sekitar lembah Kelang datang menziarahi Allahyarham TG di rumah termasuk kakak kandung Hajjah Kalthom.

Di sebelah petang, sedikit waktu yang masih terluang; Allahyarham TG meminta untuk di bawakan bertemu dengan Tuan Haji Hashim bin Awang (adik ipar sebelah isteri pertama) mantan Imam Besar Masjid Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di Hospital Selangor Medical Center Shah Alam yang sedang terlantar sakit akibat komplikasi buah pinggang. Pertemuan yang sebentar digunakan sepenuhnya oleh Allahyarham TG untuk saling berpesan-pesan dan mohon ampun dan maaf yakni amalan biasa bagi orang yang hendak menunaikan fardhu haji ke Mekah.
Dengan agak tergesa-gesa segera kembali ke Bandar Kinrara dan bersiap untuk ke Kompleks Haji bagi check in yang dijadualkan sebelum pukul 9:00mlm. Setiba di rumah sudah hampir waktu Mahgrib. Selesai solat Maghrib Allahyarham TG dan isteri bersiap sedia untuk berangkat. Satu hal yang agak ketara, pada ketika ini TGHS sudah amat kurang bercakap tidak seperti selalunya.
Tiba di Komplek Haji lebih kurang pukul 8:00 malam. Allahyarham TG yang diiringi oleh 2 orang daripada anaknya dan seorang anak saudaranya terus bersedia untuk mendaftar. Lebih kurang pukul 9:30 Allahyarham TG dan isteri berjalan masuk ke Dewan berlepas dan itulah kali terakhir kelibat dan wajah Allahyarham TG dapat dilihat. Penerbangan telah mengalami kelewatan delay dan hanya berlepas lebih kurang jam 2:00pagi..
Sesi Ta'aruf di Maktab Makkah al-Mukarramah. Tarikh: 26 Disember, 2006M

 Kembali ke-Rahmatullah

Keratan Akhbar: Petikan berita terakhir berkaitan Allahyarham TG. Tarikh: 16 Jan 2007M. Sumber: Akhbar Tabloid Harakah helaian Nasional
Pada 2hb-Jan 2007, di waktu dinihari sekitar jam 1:30 pagi, seluruh ahli keluarga telah dikejutkan dengan panggilan telefon terus dari ibu Hajjah Noraini Hj Hussain yang berada di Mekah dengan pengkhabaran berita yang amat sedih. Dalam keadaan hiba sambil menangis ibu memberitahu bahawa “Abah” [22] kesayangan telah tiada lagi.
Pada waktu itu di Mekah, masih lagi awal sekitar jam 8:00 malam 1hb Jan-2007 bersamaan dengan Isnin 11-Zulhijjah 1427H. Diceritakan oleh isteri Pn Hajjah Noorani, bahawa selesai solat Maghrib, ketika memulakan perjalanan untuk melontar ke Jamrah setelah berhenti berehat untuk melepaskan kepenatan, Allahyarham TG rebah dan terus tidak sedarkan diri. Di ketika itu, Noorani yang berada tidak jauh hanya mendengar perkataan “Allah” (اﻟﻠﻪ) sebelum sempat memaut bahagian belakang dan Allahyarham TG terus rebah ke pangkuannya.
Setelah itu, Allahyarham TG segera dibawa oleh isteri dan beberapa orang petugas keselamatan di tempat kejadian ke pusat perubatan yang berdekatan[23]. Sejurus tiba di situ, Allahyarham TG disahkan telah meninggal dunia oleh doktor yang bertugas. Ditakdirkan Allah Ta'ala, turut berada di tempat kejadian adalah Doktor Asmah binti Othman [24] yang amat terkejut dan tidak menyangka sama sekali bahawa pesakit tersebut adalah datuk saudaranya sendiri. Secara khsusnya Allahyarham TG meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung yang disebut sebagai Acute Myocardial Infraction.[25]
Majlis Korban merupakan agenda wajib saban tahun di Surau al-Ansar Alor Pongsu
Segala urusan pengebumian Allahyarham TG berjalan sungguh lancar dan amat mudah sekali. Jenazah Allahyarham TG disembahyangkan oleh jutaan ummat Islam dari serata pelusok dunia di dalam Masjidil Haram (المسجد الحرام), Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة) sesudah solat subuh keesokkan harinya. Inilah cita-cita di dalam hati kecil Allahyarham TG dan juga patut menjadi cita-cita setiap daripada Muslim untuk pergi menemui tuhan robbul-jalil mudah-mudahan dalam husnul-khatimah (إﻧﺸﺎءاﻟﻠﻪﺛﻌﺎﻟﻲ).
Pemergian Allahyarham TG pasti akan selalu diingati oleh setiap ahli keluarga, anak murid, kenalan dan sahabat di tanah air khususnya di Alor Pongsu. Pada setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Korban, kenangan bersama Allahyarham akan terimbau kembali apabila tiba masa menganjurkan majlis korban di Surau al-Ansar. Ini adalah kerana, bukan sahaja tarikh pemergian Allahyarham TG yang ditakdirkan Allah Ta'ala pada musim Hari Raya Haji, malah ia amat berkait rapat dengan ibadat sembelihan korban di Kampong Alor Pongsu. Allahyarham TG adalah orang yang mula memperkenalkan ibadat sembelihan korban ini secara lebih sistematik dan tersusun semenjak lebih 15 tahun dulu. Insya-Allah ia pasti akan menjadi amalan untuk diteruskan oleh generasi sekarang dan akan datang hinggalah sampai hari kiamatWasiat kepada seluruh umat Islam
Wasiat kepada Umat Islam

Sya'ir Munajat yang ditulis pada 09 Disember 2006, dua minggu sebelum berangkat ke Mekah
Memang terdapat ayat al-Qur'an[26] dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (مكة المكرمة) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ia dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:
  1. Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ia diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.
  2. Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.
  3. Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.
  4. Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ia kekal hingga hari akhirat.
  5. Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.
  6. Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.
  7. Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ia menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (ﻳﻔﻘﻬﻪ ﻓﻲ اﻟﺩﻳﻦ).
  8. Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ia pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.
Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.

 Penutup dan kesimpulan

"Anak Ramai Bukan Bebanan" Tajuk artikel dari majalah Muslimah keluaran Disember 2000 Mukasurat 6 hingga 8
Tidak ada monumen besar dan legacy yang nyata pada pandangan mata ditinggalkan oleh Allahyarham TG. Tidak juga harta yang melimpah ruah. Baginya aset terpenting hanya tiga perkara ditinggalkan yang boleh menjamin kesinambungan pahala hingga hari kiamat. Pertama: Sedekah jariah, Kedua: Ilmu yang bermanafaat dan diamalkan oleh para muridnya dan Ketiga: Anak-anak yang ramai lagi soleh yang mendoa'kan kebahagiannya di alam baqa'. Ini adalah pegangan Allahyarham TG dan harus menjadi pegangan setiap muslim berdasarkan al-Hadis Nabi s.a.w:
(اذا ﻣﺎت اﺑﻦ ادم اﻧﻘﻄﻊ ﻋﻣﻠﻪ إلأ ﻣﻦ ﺛﻠاث: ﺻﺪﻗﻪ ﺟﺎرﻳﻪ, أوﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ, أو وﻟﺪ ﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ)
Ertinya: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat atau anak soleh yang berdoa untuknya".
Ini adalah sebahagian dari apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang menjadi ikutan ahli keluarga baginda, para sahabat, pengikut sahabat, alim ulama', tok-tok guru dari dahulu hinggalah hari kiamat. Bukanlah harta dan kemegahan dunia; yang boleh menjadikan kita leka dan lalai. Kerana hasutan syaitan yang sentiasa mengintai untuk menyesatkan manusia seterusnya membawa kita terjerumus ke dalam neraka, kita mohon di jauhkan Allah Ta'ala.
Selain dari itu bukanlah sahaja masalah-masalah furug yang menjadi agenda usaha dakwah Allahyarham TG, malah Ideologi dan pemikiran yang membawa kepada menularnya budaya jahat dalam masyarakat seperti Hendonisme, Liberalisme, Islamic phobia, Islam Moderate, Politik suku agama suku dan pelbagai lagi isu ummah di tangani dengan penuh berhikmah serta tunjuk ajar tauladan yang baik.
Penghuraian pertembungan di antara ilmu Sains dan al-Quran yang menjadi “hudan”[27] (ﻫﺩي ﻟﻠﻨﺎس) atau pertunjuk kepada ummat manusia keseluruhannya, juga sering dijadikan topik perbincangan semasa mengadakan kuliah. Penggunaan minyak biodiesel umpamanya, sudah disebut di dalam al-Qura'an lebih 1400 tahun dahulu sebagaimana firman Allah Ta'ala[28]:
(اﻟﺬي ﺟﻌﻞ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ اﻟﺸﺠﺮ الأﺧﻀﺮ ﻧﺎرا ﻓﺎذا أﻧﺘﻢ ﻣﻨﻪ ﺗﻮﻗﺪون)
Ertinya: "Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"
Tetapi hanya baharu sekarang manusia menemui mukjizat al-Qur'an ini; apabila minyak kelapa sawit di jadikan fuel atau bahan bakar. Tidakkah ia (biodiesel) ini berasal dari daun kayu yang hijau? al-Qur'an tidak pernah bercanggah dengan Sains. Cuma kadang-kadang Sains yang berasaskan pemikiran manusia semat-mata tidak mampu untuk melihat lebih jauh dari apa yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an.
Bumi ini dilitupi oleh hampir 70% daripada air lautan yang berfungsi untuk menyejukkan dan melicinkan (sumpama coolent) bagi peredaran putaran bumi. Ini adalah kerana di dalam perut bumi itu terdapat kepanasan yang melampau seumpama enjin yang menggerakkan segala aktviti alam di atas muka dunia. Itu adalah keagongan dan kebesaran Allah Ta’ala yang maha pencipta.
Di antara keagongan lain dan sangat kreatifnya Allah Ta’ala, yang telah menjadikan segala sesuatu di dunia ini dengan konsep re-cycle serta bio-degradable. Tidak ada satu benda pun yang dicipta Allah Ta’ala yang tidak boleh di kitar semula berbanding dengan ciptaan manusia, yang majoritinnya hanya melakukan kerosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Maka awal-awal lagi Allah Ta’ala telah meraqamkan hal ini di dalam al-Quran [29]:
(ﻇﻬﺮ اﻟﻔﺴﺎد ﻓﻲاﻟﺒﺮ واﻟﺒﺤﺮ ﺑﻤﺎ ﻛﺴﺒﺚ أﻳﺪي اﻟﻨﺎس...إﻟﻲاﺧﻳﺮه)
Ertinya: “Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan, kerana perbuatan tangan manusia . supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
Adakah kita mengambil pengajaran ayat ini setelah berlaku ombak besar Tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 150,000 orang itu? Adakah kita telah kembali ke jalan yang benar yang dikehendaki dalam ayat tersebut? Sesungguhya manusia tersangat lalai yang hanya melihat fenomena alam sebagai satu bencana tanpa mahu menerima ia sebahagian dari bala atau peringatan dari Allah Ta’ala.
Tersebut itu adalah di antara pokok utama pemikiran Allayarham TG yang hendak di ketengahkan kepada masyarakat. Usaha murni ini pastinya belum selesai, tetapi insya-Allah ia pasti akan diteruskan oleh generasi pelapis dan pewaris nabi yang akan datang silih berganti hinggalah umur dunia sampai ke penghujungnya. Pasti ramai lagi pengganti Allahyarham di luar sana, yang sedia mengambil alih tempat menunaikan tanggugjawab yang maha agung ini.

 Rujukan dan nota

  1. Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah H.M.Zainuddin. Bicara Agama Utusan Malaysia, Tajuk: Keturunan Syeikh Mohammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, edisi bertarikh: 19hb September, 2005 dan 7hb Januari, 2008. Sheikh Mohammad Arsyad al-Banjari
  2. Pulmonary Embolism
  3. Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah H.M.Zainuddin. Bicara Agama Utusan Malaysia, Tajuk: Ulama besar Mandailing - Wasiat pedoman ahli keluarga Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib al-Mandaili al-Indonesi
  4. Majlis Pengajian ilmu agama di adakan secara umumi
  5. Kerja menyemai anak benih padi di petak sawah
  6. Di antaranya al-Qur'an Surah Al-Baqarah (اﻟﺒﻘﺮه Sapi Betina) ayat 261
  7. Sejenis alat yang berbentuk "L" bersaiz lebih kurang 20cm diperbuat dari kayu dan hujungnya logam besi yang bercabang dibentuk seperti huruf "U"
  8. Nasi minyak yang di masak dengan menggunakan rempah istimewa. Rempah ini hanya boleh dibeli di sebuah kedai mamak muslim di pekan Bukit Mertajam
  9. Wau yang bersaiz 1.5M panjang dan 1M lebar berbentuk diamond tidak berekor pernah dibuat dan ia melayang begitu tinggi. Di antara replika yang paling diminati adalah bahtera kapal
  10. Surah Al-‘Ankabut (ﺳﻮره اﻟﻌﻨﻜﺒﻮت Labah-Labah ) ayat 2
  11. Salasilah ahli Tareqat yang berasal dari as-Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani (اﻟﺸﺦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻜﺮﻳﻢ اﻟﺴﻤﺎﻧﻲ) yang merupakan anak murid bagi Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (اﻟﺸﺦ وﺍن ﺩﺍوﺩ اﻟﻔﻂﺎﻧﻲ رﺣﻤﻪاﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ)
  12. Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah H.M.Zainuddin. Ruangan Bicara Agama Utusan Malaysia Tajuk: Salasilah Syeikh Daud al-Fathani [1]
  13. AJK Syariah Kerajaan Negeri Perak
  14. Ketika rencana ini di tulis, Dato Haji Ishak bin Baharom telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu 30hb Jan 2008, jam 12:00 tengahari setelah koma lebih kurang 18jam, di Wad ICU Hospital Sungai Buloh akibat masalah tekanan darah Arkib Berita Utusan Malaysia
  15. AJK Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  16. Surah Faatir (ﺳﻮره ﻓﺎﻃﺮ Pencipta) ayat 28
  17. Al-Qur'an (اﻟﻔﺮأن اﻟﻛﺮﻳﻢوﺗﺮﺟﻤﻪﻣﻌﺎﻧﻳﻪاﻟإﻧﺪوﻧﻳﺴﻴﻪ) dan Terjemahan, Hadiah Khadim al-Haramain asy Syarifain Raja Fahd ibn'Abd al'Aziz al Saud. , Yayasan Penyelenggara, Penterjemah/Pentafsir Al-Qur'an Jakarta, 1 Mar, 1971
  18. Pengumunan SPR: Utusan Malaysia 14 Februari 2008
  19. Angiogram
  20. Coronary artery bypass surgery
  21. Judul buku: Bimbingan Mu’minin oleh Imam al-Ghazali (إﻣﺎم اﻟﻐﺰاﻟﻲ) pada mencari rehda rabbil-‘alamin. Disesuaikan oleh Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi. Judul Asal Dalam Bahasa Arab Mau’izhatul Mu’minin min Ihya’ Ulumiddin (اﻟﻣﻭﻋﻇﻪاﻟﻤﻮءﻣﻧﻴﻦﻣﻦإﺣﻳﺎءﻋﻠﻤﺪﻳﻦ) Penterjemah Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura. ISBN 9771-77-266-3. Cetakan Keduabelas 2001M.
  22. Panggilan biasa dan mesra untuk gantinama "Ayah" atau "Bapa" oleh anak-anak pada Allahyarham TG
  23. Mina Medical Center Saudi Arabia
  24. Seorang Doktor Perubatan berkhidmat di Klinik Swasta (Klinik Rosli) pekan Kuantan, Pahang. Di dalam keluarga; beliau berpangkat cucu saudara kepada Allahyarham TG
  25. Myocardium
  26. Surah Al-Maa’idah (ﺳﻮره اﻟﻤﺎءﺪة Hidangan) ayat 106
  27. Surah Al-Baqarah (ﺳﻮره اﻟﺒﻘﺮه Sapi Betina) ayat 185
  28. Surah Yaasin (ﺳﻮره ﻳﺲ ) ayat 80
  29. Surah Ar-Rum (ﺳﻮره اﻟﺮوم Bangsa Rumawi) ayat 41